Wednesday, January 13, 2016

Teluk Tempoyak Penang

Kali ni akak mencuba kelainan di Teluk Tempoyak bukan di kedai yang orang selalu pergi sampai tak boleh parking tu. 
Tapi di satu kedai yang agak thrill sikit jalan nak sampai ke situ.


Akak rasa tempat makan ni not bad at all & best jugak tempat dia. Jom tengok apa boleh sapadek!




Sementara tunggu hidangan siap, boleh ambik angin kat sini. Kalau nak pemandangan indah mai la petang-petang. Kalau malam tak nampak apa dah kelam semua.




Tara!!! Makanan dah siap. Jom tengok apa yang ada. Disebabkan banyak nyer order untuk 10 orang makan & meja pun akan penuh, maka apa yang sampai semua dah macam piranha kelaparan, sampai ajer terus Ngap!!!






Disebabkan lambat makan and jalan yang pusing-pusing sikit dengan drebar yang ala Formula 1 tu, akak punya perut tak boleh nak terima banyak rasa mabuk & angin. Pesan akan kalau sapa yang ada scenario macam akak jangan amik ayaq nyioq dulu na, sat gi rasa macam nak pitam semua ada. Tapi dah lama-lama lepas tu ok jer. Semua makan sampai mabuk😜😜😜








Jom Jalan-Jalan & Makan-Makan Bersama Kay! -IP Dec










Evergreen Gurney Drive

Kepada yang rasa nak cari kelainan sikit atau dah jemu 3 hari 3 malam makan nasik kandaq, char kue teow, rojak bagai, ni Cheq nak cadangkan pi la buat mesyuarat tingkap di Evergreen Laurel Hotel Gurney Drive. Bukan setakat nak makan seafood, makanan yang berat-berat lain pun ada. Tapi akak paling layan dia punya teh tarik penutup mesyuarat tingkap. Memang best!









           Jom mai! mai! mai! 



Jom Jalan-Jalan & Makan-Makan Bersama Kay! -IP Dec








Sunday, January 10, 2016

Masak Tempoyak Ikan Patin

Masak tempoyak ikan patin memang menjadi kegemaran akak. Tadi sempat akak singgah di Ana Patin House Mutiara Damansara. Marvellous!! Terasa-rasa sampai sekarang. Dulu akak pun tak pandai makan jugak ikan patin ni. Tapi sejak suka makan ni, baru akak tahu tak sia-sia akak makan sebab banyak khasiatnya. Jom kita tengok apa khasiatnya.






Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau 20kg. Diet utama spesis ini adalah anak-anak ikan, buah-buahan sungai, udang dan bangkai binatang.Ikan ini pernah mencetuskan kontroversi di Malaysia kerana harganya yang boleh mencecah RM180.00 sekilogram terutamanya di sekitar negeriPahang. Ikan Patin di Pahang terkenal dengan keenakan dan kelembutannya kerana mempunyai persekitaran yang sesuai sebagai habitat ikan ini. Masakan yang menjadi identiti bagi ikan ini adalah gulai masam tempoyak. Ikan patin sungai mempunyai nilai komersial yang tinggi dan ada yang diternak di kolam-kolam (patin kolam) dan di sangkar-sangkar (patin sangkar). Terdapat beberapa jenis ikan patin yang biasa dikenali antaranya ialah:

  1. Patin Kolam (Biasanya berwarna hitam)
  2. Patin Sangkar (Biasanya berwarna hitam dan putih)
  3. Patin Sungai (Biasaya berwarna cerah atau kelabu)
Manfaat ikan patin bagi kesihatan ditandai dengan adanya kandungan yang lemak lebih rendah dibanding ikan jenis lain, terutama dua asid lemak penting DHA iaitu kira-kira sebanyak 4.74 % dan EPA yaitu kira-kira sebesar 0.31 %. Kedua jenis omega-3 asam lemak ini biasanya dihasilkan dari jenis ikan yang hidup di air dingin seperti ikan salmon, ikan tuna, dan ikan sardin. Kadar lemak total yang terkandung dalam daging ikan patin adalah sebanyak 2.55 % sampai dengan 3.42 %, dimana asid  lemak tak tepu nya adalah di atas paras 50 %. Asid oleat adalah asid lemak tak tepu tunggal yang paling banyak terkandung di dalam daging ikan patin iaitu sebanyak  8.43 %.
Berdasarkan hasil dari penelitian, kandungan gizi di dalam ikan patin yang berupa lemak tak tepu (USFA sebanyak  50 %) sangatlah bagus untuk mencegah terjadinya risiko penyakit Kardiovaskular. Lemak tak tepu juga bermanfaat untuk menurunkan kadar kolesterol total dan kolesterol LDL yang terkandung di dalam darah sehingga dapat mencegah dan mengurangi terkena penyakit jantung koroneri.Jika dilihat dari rendahnya kadar kolesterol yang terkandung dalam daging ikan patin ( 21-39mg/100 gram), maka manfaat ikan patin sangatlah baik bagi anda yang sedang menjalankan program diet kerana mampu mengurangi asupan kolesterol harian di dalam menu makanan anda.
Berikut adalah antara jenis-jenis nutrien yang terdapat pada ikan patin dan manfaatnya kepada kesihatan:
  • Omega 3, untuk proses perkembangan otak pada janin dan penting untuk perkembangan fungsi syarat dan penglihatan bayi.
  • Mengandung serat protein yang pendek sehingga mudah dicerna
  • Kaya akan asid amino seperti taurin untuk merangsang pertumbuhan sel otak balita.
  • Vitamin A dalam minyak hati untuk ikan untuk mencegah kebutaan pada anak.
  • Vitamin D dalam daging dan minyak hati ikan untuk pertumbuhan dan kekuatan tulang.
  • Vitamin B6, membantu metabolisme  asid amino dan lemak serta mencegah anemia dan kerosakan saraf.
  • Vitamin B12, untuk pembentukkan sel darah merah, membantu metabolism lemak, dan melindungi jantung dan juga kerosakan saraf.
  • Zat besi yang mudah diserap oleh tubuh.
  • Sodium untuk mencegah terjadinya penyakit beguk, mengelak daripada terbantutnya tumbesaran anak.
  • Selenium untuk membantu metabolism tubuh dan sebahagian antioksidan yang melindungi tubuh dan radikal bebas.
  • Zinc yang membantu kerja enzim dan hormon.
  • Florin yang berperanan dalam menguatkan dan meyehatkan gigi anak.
Sumber: panduanpercuma.info

Kalau nak try jom singgah di Ana Patin House:
https://m.facebook.com/anapatinhousepage





Wednesday, January 6, 2016

Nasik Kandaq Pagi Kampung Melayu Air Itam



Siapa Orang Penang Angkat Tangan!!! Jom Pi Ayaq Itam nak pi cari NASIK KANDAQ Kampung Melayu!


Kalau nak tau tang mana letaknya Nasi Kandar Kampung Melayu Air Itam, jom google!








Jangan terkejut kalau sampai sana susah nak cari parking & yang paling best experience kena beratoq la.
Kalau tak mau makan nasik kandaq pun tak pa, boleh cuci mata atau beli belah kat situ ada ulam-ulam, buah-buahan tempatan, nak beli ikan pun ada. Ala pasar pagi gitu. Kalau tak mau makan nasik kandaq, roti canai & yang sama waktu dengannya pun ada. Mai!mai!mai!








Jangan Potong Q yer!!!







Teloq ikan kat sini memang famous & cepat habis

Daging Hitam tak sempat nak booking dah habis seawal pukul 10.00pagi

Kalau tak dak cabai hidup & bendi memang tak sah la

Kejap Ada

Kejap Tak Ada!

Alhamdulillah... memang kenyang & rempah ratus terasa dan rasa halus jer di mulut.Mungkin sebab tu sesuai dimakan waktu pagi. Nak tau sedap ke tidak tengok pinggan lah yer. Kalau nak tau harga, mai sini. Insha Allah tak semahal di Kuala Lumpur. Lepas makan, cari pisang emas kat pasar pagi tu sebagai penutup.
Lepas ni cari nasik kandaq tengah hari & malam. Bersedialah dengan plum ball dari Cosway kalau rasa perut tak tahan :)



Wednesday, May 15, 2013

Strawberry Cameron

Strawberry??? 
I miss Cameron so much & bila la nak pi lagi nie? Hmmm... Kalau sapa-sapa nak pi Cameron jangan lupa singgah kat Big Red Strawberry Farm.



Petik la berapa banyak strawberry yang korang nak, tapi jangan lupa bayar. Nak rasa sedap makan jer kat situ tapi jangan over yer petik-petik strawberry tu, satgi kena charge lebih strwberry yang manis pun jadi masam 😜😜😜

Nie petik ker main hide & seek 😎😎😎




Kat sini, macam-macam ada. Kalau nak tau mai la sini baru tau. Jom!!!