Ada orang tanya selain daripada shopping, apa lagi yang kita boleh buat kat Bandung? Actually banyak benda boleh buat tapi kali ini, Kay nak share tempat yang anda patut lawat selain daripada bershopping jer iaitu Tangkuban Perahu.
Aper benda la Tangkuban Perahu tu?
Tangkuban Perahu dalam bahasa Sundanese tu maksudnya Perahu yang terlangkup (upturned boat). Ia adalah gunung berapi yang active & terletak 30km daripada Bandar Bandung.
Sebenarnya ada cerita di sebalik Tangkuban perahu nie. Kalau rajin check yer kat link bawah nie :)
Ini gambar yang Kay ambik masa visit ke sana. Berasap beb! Kecut gak perut manalah tau tiba-tiba meletop tak sempat nak lari. Dinasihatkan bawalah mask coz bau sulfurnya tersangatlah kuat. Agaknya sebab tak cover, balik semua batuk-batuk & macam mabuk gitu.
Memang Layan pemandangan kat atas Puncak Tangkuban Perahu nie, rasa macam di atas awan. Macam nak terbang gitu.
Kat sini ada jual angklung tau!
Nie topi mafla warna warni
Tapi tak tahan satu jer, banyak sangat peminat yang serbu bila sampai kat sini :)
Dah pusing-pusing apa lagi sejuk-sejuk nie cari bakso la! Not bad!
Hmmm.....sodapnyer!! Panas-panas & pedas-pedas sket makan kat atas gunung yang sesejuk rasa nie best!!
Tak cukup kenyang? Jagung Bakaq pun ada tau!
Pulut Panggang pun ada, but version Tagkuban Perahu la..
Ini apa namanya Pak? Tauhu or aper ek? Alamak dah lupa la.
Panorama sambil makan bakso |
Best part bila berada dalam kepulan awan.. syoknyer...Macam tak mau balik.
Nie pemandangan sepanjang perjalanan naik & turun dari Tangkuban Perahu
So... inilah salah satu aktiviti kalau korang tak nak shopping, I suggest ambik la motor or basikal & naik ke atas Tangkuban perahu. he!he!he!